Kematian Nor Zamri: Hilangnya sebutir mutiara PAS



Kematian Nor Zamri: Hilangnya sebutir mutiara Pas
NOR ZAMRI LATIFF
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
25 Mei 2024, 7:40 am

PETALING JAYA: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff semalam umpama kehilangan sebutir mutiara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana Allahyarham merupakan seorang individu yang begitu aktif dalam aktiviti kebajikan dan kema­syarakatan semenjak sebelum menjadi wakil rakyat lagi.


“Semoga Allah membalas segala amalan beliau dengan syurga yang terindah. Salam takziah buat seluruh keluarga almarhum,” katanya dalam ke­nyataan semalam.

Nor Zamri dilaporkan me­ninggal dunia kira-kira pukul 1.38 petang tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hos­pital Seberang Jaya.

Sebelum ini, Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi di bahagian perut.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu memenangi kerusi DUN Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 selepas mendapat undian 15,433 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR iaitu Nurhidayah Che Rose.


Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Sungai Acheh kira-kira pukul 6 petang semalam sebelum dikebumikan. – UTUSAN

Ulasan