MENERIMA TETAMU DARI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI KUDUS, INDONESIA




Dari Hulu Langat saya ke Pejabat Agung PAS kerana menerima tetamu dari Institut Agama Islam Negeri Kudus, diketuai oleh Dr. Siti Malaiha Dewi, Dekan Fakulti Dakwah dan Komunikasi Islam, Institut Agama Islam Negeri Kudus, Indonesia dan ditemani oleh Dr Ummu dari UUM.

Sesi selama dua jam bermula pukul 12 tengahari tadi untuk membantu memberikan info berkaitan dengan kajian yang sedang dilaksanakan oleh mereka.
Alhamdulillah, pertemuan dua hala ini dapat berkongsi pandangan dan idea.

Ulasan