Pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur, asrama UM antara terjejas





Pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur, asrama UM antara terjejas
Hujan lebat dan angin kencang petang tadi menyebabkan beberaoa batang pokok tumbang di sekitar Lembah Klang. - GAMBAR HIASAN
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM
25 Mei 2024, 8:04 pm



PETALING JAYA: Kolej penginapan Universiti Malaya (UM), di sini antara empat lokasi terjejas akibat pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, insiden yang berlaku antara 6.20 petang hingga 7 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“Lokasi pertama ialah Lot 5746, Jalan Klang Lama melibatkan pokok tumbang yang menghempap empat buah lori tiga tan.

“Kolej kediaman di UM juga dilaporkan pokok tumbang yang menghempap tiang elektrik hingga menghalang laluan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan, sebuah Apartment Trellises dan Jalan Long Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail juga terjejas apabila pokok tumbang dan turut menghalang laluan utama.

Jelasnya, kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang ialah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan UM.


“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” ujarnya.- UTUSAN

Ulasan