Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi iktiraf negara Palestin hari ini





Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi iktiraf negara Palestin hari ini
MENTERI Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide dan Menteri Luar Ireland, Micheal Martin memberi isyarat selepas sidang media di Brussels, Belgium, semalam. -REUTERS
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
28 Mei 2024, 2:44 pm

MADRID: Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi akan mengiktiraf negara Palestin hari ini, walaupun wujud reaksi amarah daripada Israel yang mendapati semakin terpencil selepas tujuh bulan konflik di Gaza.

Kira-kira 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin, termasuk sebahagian besar selatan global, Russia, China dan India.

Madrid, Dublin dan Oslo membuat keputusan mereka sebagai satu cara untuk mempercepatkan usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dalam perang Israel dengan Hamas di Gaza.

Walaupun pengisytiharan oleh tiga negara itu kebanyakannya simbolik, mereka berharap ia akan mengumpulkan momentum, mendorong negara Kesatuan Eropah yang lain untuk mengikutinya.

Sepanyol dan Ireland akan menjadi negara terbesar dan paling berpengaruh dari segi politik dalam blok 27 anggota untuk mengiktiraf negara Palestin, menyertai Sweden, Cyprus, Hungary, Republik Czech, Poland, Slovakia, Romania dan Bulgaria.

Britain, Australia dan ahli Kesatuan Eropah (EU) iaitu Malta dan Slovenia menyatakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa mereka boleh mengikuti contoh mereka.


Tetapi Perancis berkata, sekarang bukan masa untuk mengiktiraf negara Palestin manakala Jerman menyertai sekutu tegar Israel, Amerika Syarikat, menolak pendekatan unilateral, menegaskan bahawa penyelesaian dua negara hanya boleh dicapai melalui dialog.

Perdana Menteri Perancis, Pedro Sanchez berkata pada 22 Mei lalu, mereka berharap pengiktirafan ini dan alasan kami menyumbang kepada negara Barat lain yang mengikuti laluan ini.

“Ini kerana semakin banyak kami, semakin banyak kekuatan yang kami perlukan untuk mengenakan gencatan senjata,” katanya.

Konflik itu tercetus selepas kumpulan Hamas menyerbu merentasi sempadan selatan Israel pada 7 Oktober lalu dan setakat ini membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel berkata serangan awal, yang terburuk dalam sejarah 75 tahunnya, membunuh 1,200 orang, dengan lebih 250 tebusan diambil.

Ketiga-tiga negara itu mengiktiraf sebuah negara Palestin dengan sempadannya akan ditandakan seperti sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara kedua-dua negara.

Langkah itu mungkin meningkatkan protokol diplomatik, dengan pejabat perwakilan di Tebing Barat dinaik taraf kepada kedutaan penuh.

Israel bertindak balas dengan menarik dutanya dari Madrid, Oslo dan Dublin dan memanggil duta ketiga-tiga negara itu untuk menonton video rakyat Israel diambil tebusan oleh lelaki bersenjata Hamas.

Ia juga menyekat Sepanyol daripada menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan menuduh Sepanyol membantu Hamas.

Sebagai tindak balas, Sepanyol meningkatkan kritikan, menggambarkan konflik Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai sebenar.

Sepanyol berkata, pihaknya akan meminta anggota EU yang lain untuk secara rasmi menyokong perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa minggu lalu agar Israel menghentikan serangan ketenteraannya ke atas bandar Rafah di selatan Gaza. -REUTERS

Ulasan