Urut: PAS Pulau Pinang desak siasat, ambil tindakan




Urut: PAS Pulau Pinang desak siasat, ambil tindakan
May 25, 2024

Share
Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang menzahirkan kekesalan di atas apa yang berlaku dalam program Hari Muzium yang tular baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, suasana yang tidak begitu enak dipandang apabila berlaku suasana wanita muslimah mengurut lelaki Muslim.

“PAS Pulau Pinang mendesak agar pihak berkuasa agama negeri membuat siasatan atas apa yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya agar perkara sebegini tidak lagi berulang,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, jika Terengganu boleh mengambil tindakan terhadap Pesta Aloha yang hanya ditularkan netizen, di Pulau Pinang juga boleh menggunakan pendekatan yang sama kerana ia juga telah tular dan merupakan satu aktiviti yang mengundang kemaksiatan.

“Maksiat terang terangan sekiranya tidak disekat dan diambil tindakan dibimbangi akan menjadi normalisasi dalam Masyarakat, justeru mengundang murka dan bala dari Allah SWT,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. – HARAKAHDAILY 25/5/2024

Ulasan