‘Zionis bukan bersifat manusia, tetapi binatang’





‘Zionis bukan bersifat manusia, tetapi binatang’
May 4, 2024

Mahathir ketika berucap dalam Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada hari ini, 4 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

kUALA LUMPUR: Zionis Israel adalah manusia ‘pariah’ yang bukan bersifat manusia, tetapi bersifat binatang.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Zionis rela membunuh anak-anak kecil dan wanita dalam peperangan untuk menyelamatkan diri mereka.


“Keselamatan orang lain tidak diambil kira sama sekali. Hari-hari mereka membunuh orang,” katanya.

Malangnya, menurut beliau, tindakan mereka ini tidak disekat dan dihalang oleh mereka yang berkuasa.

“Mereka yang kuat dan berkuasa sedang menyokong tindakan oleh puak Israel. Sebab itu kita tidak boleh berbuat apa-apa selain membantah tindakan mereka,” jelasnya.

Tambah Mahathir, perang Hamas-Israel telah menjadi peperangan peribadi penduduk di Semenanjung Gaza, kerana setiap daripada mereka mempunyai anak kesayangan, ibu bapa, dan pasangan mereka yang dibunuh oleh orang Israel.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Himpunan 100K Bela Palestin yang diadakan di ibu negara, hari ini.

“Kita tidak boleh terima satu bangsa yang merampas negara milik bangsa lain.

“Kalau ini diterima, maka kita tidak akan selamat. Kita juga akan turut mempertahankan penduduk Gaza dan Tebing Barat supaya akhirnya mereka akan capai kemenangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/5/2024

Ulasan