Datuk dan nenek Zayn Rayyan pula ditahan bantu siasatan


Datuk dan nenek Zayn Rayyan pula ditahan bantu siasatan
ZAYN RAYYAN
Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
12 Jun 2024, 5:14 pm

PETALING JAYA: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan pada pukul 2.30 petang tadi.

Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.

Sementara itu, difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Difahamkan, kedua-dua mereka ditahan di Petaling Jaya.

Sumber memaklumkan, mereka dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis.- UTUSAN

Ulasan