Gelombang haba: 40 monyet di India mati akibat lemas
Oleh Wartawan Luar Negara
4 Jun 2024, 7:30 pm
NEW DELHI: Hampir 40 ekor monyet di India mati akibat lemas di dalam perigi ekoran bergelut mendapatkan air berikutan gelombang haba melanda negara itu.
Pegawai hutan negara itu berkata, situasi bertambah buruk apabila keadaan tasik mulai kering akibat cuaca esktrem.
Wilayah utara India berdepan cuaca panas ekstrem sejak bulan lalu, dengan suhu meningkat melebihi 45 darjah Celsius.
Minggu lalu, mahkamah India menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat, tatkala ratusan orang meninggal dunia akibat keadaan itu.
Bukan hanya memberi kesan kepada penduduk, cuaca panas ekstrem itu turut menjejaskan hidupan liar.
Cuaca panas melampau sering berlaku di India, namun penyelidikan saintifik mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama dan kerap.
Penyelidik memberi amaran keadaan perubahan iklim yang dicetuskan oleh manusia mendorong kesan haba dahsyat di India.- CNA
Ulasan
Catat Ulasan