Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa abai anak




Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa abai anak
ZAYN RAYYAN
Oleh NORLIZAH ABAS dan AIMAN ALI
13 Jun 2024, 10:43 am

PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi terhadap pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari (tertuduh pertama) dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mereka didakwa secara bersama di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pasangan berusia 29 tahun itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh kanak-kanak autisme itu.

Mahkamah sedang mendengar permohonan ikat jamin terhadap kedua-duanya. – UTUSAN

Ulasan