Ibu bapa Zayn Rayyan keluar meninggalkan mahkamah


Ibu bapa Zayn Rayyan keluar meninggalkan mahkamah

Oleh MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI, NOOR AZLIDA ALIMIN, HISYAMUDDIN AYUB
13 Jun 2024 12:58pmMasa membaca: 4 minit

Ibu bapa Zayn Rayyan, Ismanira (kiri) dan Zaim Ikhwan dibebaskan setelah membayar jamin dilihat keluar dari mahkamah di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR


PETALING JAYA - Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dilihat beredar meninggalkan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini selepas selesai urusan pembayaran ikat jamin pada Khamis.

Pasangan itu dilihat keluar dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna putih kira-kira jam 12.47 tengah hari.



Tiada sebarang komen diberikan kepada pemberita yang merakam detik berkenaan susulan perintah larangan yang dikeluarkan mahkamah.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.


Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.


Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ulasan