Pertuduhan ibu bapa Zayn Rayyan libatkan pengabaian bukan penderaan - Peguam


Pertuduhan ibu bapa Zayn Rayyan libatkan pengabaian bukan penderaan - Peguam
Oleh MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI, NOOR AZLIDA ALIMIN, HISYAMUDDIN AYUB
13 Jun 2024 11:53amMasa membaca: 4 minit


Fahmi (kiri) ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis - FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR


PETALING JAYA - Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pertuduhan yang dijalankan pada hari ini melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis.

"Dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh hanya menyatakan pengabaian dan bukan penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

"Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan, buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti.


"Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.





Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, Fahmi berkata, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.


Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!






Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!


Harap bantu kajian selidik kami dan Dapatkan Baucar Tunai


×



Berapakah pendapatan bulanan perseorangan anda?
Kurang daripada RM1,500
RM1,500 - RM3,000
RM3,001 - RM5,000
RM5,001 - RM10,000
Lebih daripada RM10,000
Saya tidak mahu mendedahkan




Artikel Disyorkan



13 Jun 2024 01:04pm

13 Jun 2024 01:01pm

By MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI, NOOR AZLIDA ALIMIN, HISYAMUDDIN AYUB
13 Jun 2024 12:58pm



















13 Jun 2024 01:09pm


13 Jun 2024 01:04pm


13 Jun 2024 01:01pm


13 Jun 2024 12:58pm


13 Jun 2024 12:42pm



Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!









Saya telah memahami dan bersetuju dengan Terma & syarat dan Polisi data peribadi




Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.
Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia


Berita


Umum


Rangkaian Kami


Pengiklanan
© 2024 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2024 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf


NEWNews Hub


Ulasan