Tiada pengakuan bersalah dibuat ibu Zayn Rayyan – Peguam


Tiada pengakuan bersalah dibuat ibu Zayn Rayyan – Peguam
Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin diiringi polis semasa beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Oleh NORLIZAH ABAS dan AIMAN ALI
12 Jun 2024, 2:20 pm


PETALING JAYA: Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak membuat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Peguam wanita itu, Mahmud Jumaat berkata, bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Beliau yang ditemui selepas prosiding secara tertutup itu berkata, pihaknya membantah permohonan terbabit mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan. – UTUSAN

Ulasan