‘Tindakan kerajaan tak masuk akal’




‘Tindakan kerajaan tak masuk akal’
June 20, 2024

Mohd Nazari (tengah), Mukhriz (kanan) dan Siti Rahayu dalam dalam forum umum, Tolak BlackRock: Jangan Jual Airport Negara Kepada Zionis, di Kuala Lumpur pada malam ini, 20 Jun 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikml Emir)

KUALA LUMPUR: “Ini tidak masuk akal kerana kerajaan menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin tetapi pada masa yang sama membuat perkara sebegini.”

Pengerusi Pergerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), Prof Mohd Nazari Ismail berkata, penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), iaitu sebuah dana pelaburan yang dikawal oleh syarikat pro-Zionis, BlackRock adalah satu tindakan yang tidak wajar berlaku.

“BlackRock bertanggungjawab dalam membekalkan dana kepada rejim Zionis Israel dalam membunuh ramai rakyat Palestin.

“BlackRock telah banyak melabur dalam syarikat-syarikat ketenteraan yang bertanggungjawab menyediakan senjata kepada rejim Zionis Israel seperti Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics.

“Majoriti rakyat negara kita sememangnya amat menolak kerajaan kita membuat kerjasama dengan mana-mana syarikat yang terlibat dalam melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Apa gunanya kerajaan menyatakan sokong rakyat Palestin tetapi pada masa yang sama bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan GIP yang dikawal oleh syarikat sebegitu?

“Ini sememangnya adalah tidak masuk akal dan kita tidak akan berhenti untuk memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin walau apa pun yang terjadi,” katanya ketika berucap dalam forum umum, Tolak BlackRock: Jangan Jual Airport Negara Kepada Zionis, di sini, pada malam ini.

Turut hadir ialah Mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir; mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Siti Rahayu Baharin (Cikgu Rahayu): bekas Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah; dan mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Menurut Mohd Nazari, BlackRock bertanggungjawab dalam membekalkan dana kepada rejim Zionis Israel dalam membunuh ramai rakyat Palestin.

Tambah beliau, ini kerana syarikat BlackRock sendiri telah banyak melabur dalam syarikat-syarikat ketenteraan yang bertanggungjawab menyediakan senjata kepada rejim Zionis Israel seperti Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics.

“Majoriti rakyat negara kita sememangnya amat menolak kerajaan kita membuat kerjasama dengan mana-mana syarikat yang terlibat dalam melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Apa gunanya kerajaan menyatakan sokong rakyat Palestin tetapi pada masa yang sama bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan GIP yang dikawal oleh syarikat sebegitu?

“Kita tidak akan berhenti untuk memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin walau apa pun yang terjadi,” tegasnya.

Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan pada bulan lepas, GIP yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Mohd Nazari menyatakan kerajaan juga telah membenarkan penyertaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang bakal diadakan pada dari 26 Jun hingga Ogos 2024 yang juga akan disertai negara haram Israel.

Kata beliau, rakyat perlu sedar bahawa perkara sedemikian tidak seharusnya dibiarkan memandangkan sebarang kerjasama dengan negara haram Israel merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku.

“Maka, kita semua menyeru kepada kerajaan supaya bukan sahaja menolak kerjasama ekonomi dengan syarikat BlackRock tetapi juga tidak menyertai kerjasama ketenteraan tersebut.

“Masih belum terlambat lagi untuk kerajaan mengarahkan TLDM berpatah balik daripada turut serta dalam RIMPAC 2024 ini.

“Kita tidak mahu kerajaan ini untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan rejim Zionis kerana tiada manfaat pun untuk mengadakan hubungan dengan negara haram tersebut yang telah membunuh ramai rakyat Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

Ulasan