PM Britain mahu tetapkan semula hubungan dengan Ireland



PM Britain mahu tetapkan semula hubungan dengan Ireland
KEIR STARMER
Oleh Athirah Huda Zalhe
18 Julai 2024, 3:40 pm


LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyatakan hasrat untuk ‘menetapkan semula’ hubungan dengan Ireland semasa pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Simon Harris.

Pertemuan pada Rabu dengan Harris di kediaman Starmer, Chequers, menandakan lawatan pertama seorang pemimpin antarabangsa ke United Kingdom (UK) sejak Starmer menjadi Perdana Menteri.

Semasa pertemuan singkat sebelum makan malam, Starmer menekankan kepentingan interaksi, lapor agensi Anadolu.

“Saya sangat berbesar hati kerana dapat peluang awal ini, apa yang saya lihat adalah untuk menetapkan semula, mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kami,” katanya.

Sementara itu, Harris berkata, beliau berpuas hati terhadap pertemuan singkat dengan perdana menteri itu.

“Saya gembira berada di sini, untuk mengucapkan tahniah kepada kamu secara peribadi. Ia amat bermakna buat kami dan Ireland,” katanya.


Hubungan antara London dan Dublin menghadapi cabaran serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan oleh kejatuhan daripada Brexit dan perundangan kontroversi yang menangani legasi Troubles, konflik etno-nasionalis di Ireland Utara yang berlarutan selama 30 tahun, dari akhir 1960-an hingga 1998.

Isu tersebut menimbulkan pergolakan yang ketara dan mencetuskan ketegangan hubungan diplomatik.

Ulasan