Presiden Umno gagal perdaya Presiden PAS

Presiden Umno gagal perdaya Presiden PAS
July 9, 2024

Annuar Musa (kiri) dan Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: “Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memperagakan kesombongan dan pembohongannya.

“Lazimnya beliau akan berbuat demikian di platform Umno, di situlah beliau gemar melontarkan neratif palsu dan cuba membakar sentimen ahli umno. Kali ini di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar.”



Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian, ketika mengulas kenyataan media Zahid sebelum ini yang dilabelkannya sebagai bersifat ‘Sour Grape’, kononnya beliau tidak mahu bekerjasama dengan PAS selagi Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Tok Guru) menerajui parti itu sebagai Presiden.

“Pertama sememangnya beliau (Zahid Hamidi) gagal untuk ‘corner’ dan memperdaya Presiden PAS dalam beberapa perbincangan

“Kedua, jelas beliau telah tersilap orang.Beliau fikir beliau boleh memperdaya semua orang.Beliau silap.Presiden PAS itu seorang ulamak yang sarat dengan ilmu dan pengelaman politik. Presiden PAS bukan tandingan Zahid

“Ketiga,Zahid ternyata gagal meyakinkan Presiden PAS. Ini adalah kerana kesilapannya sendiri yang berlaku berkali-kali,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Annuar menyatakan lagi, terlalu banyak pembohongan Zahid yang menyebabkan Presiden PAS amat mengenali watak sebenar beliau dan dengan itu sentiasa berhati hati bila berdepan dengan Zahid.

“Justeru, penghinaannya pada Presiden PAS itu (enggan bekerjasama dengan PAS sekiranya Tuan Guru Abdul Hadi masih Presiden parti) tidak memberi apa apa kesan kepada Presiden PAS kerana kewibawaan beliau (Zahid) sendiri tidak diyakini oleh Presiden PAS hatta tidak diyakini oleh ahli Umno sendiri,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan media tempatan, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, Perak, semalam Zahid membayangkan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tuan Guru Abdul Hadi menjadi Presiden PAS yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Zahid mendakwa banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh PAS. – HARAKAHDAILY 9/7/2024

Ulasan