Tanda terima kasih: Abang Abidin santuni warga Sungai Bakap

Abang Abidin ceria menyantuni dua warga Sungai Bakap dari keturunan Cina di Perkampungan Baru Sungai Kechil.

Tanda terima kasih: Abang Abidin santuni warga Sungai Bakap
July 8, 2024

NIBONG TEBAL: Tidak sampai seminggu menang Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, wakil PERIKATAN NASIONAL (PN) dari parti PAS, Abidin Ismail yang mesra dikenali sebagai Abang Abidin membuktikan kenapa majoriti warga Sungai Bakap telah memilih beliau.


Bukan sekadar ketika berkempen, namun kali ini Abang Abidin turun padang melawat warga Sungai Bakap sebagai tanda terima kasih kerana mengundi beliau pada PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang telah berlangsung pada Sabtu (6 Julai) lepas.

“Pagi tadi (semalam) saya ke Perkampungan Baru Sungai Kechil bagi menyantuni pengundi dan penduduk untuk menyatakan ucapan terima kasih kerana telah memilih PERIKATAN NASIONAL pada PRK kali ini.Abang Abidin meluangkan masa melawat kediaman warga Sungai Bakap dari keturunan India semalam, (7 Julai) dalam rangka menyantuni mereka selepas PRK yang berlangsung pada Sabtu, 6 Julai 2024.

“Insya-Allah. Jelajah ke lain-lain kawasan akan diadakan pada masa-masa akan datang.Terima kasih semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semalam juga beliau telah juga menyantuni anak-anak muda yang menyertai pertandingan sepak takraw di Kampung Sungai Kechil.Sekumpulan anak muda di Kampung Sungai Kechil kelihatan begitu teruja disantuni Abang Abidin.

“Pada masa yang sama,saya turut menyatakan ucapan terima kasih kepada mereka yang turut sama turun dan keluar mengundi pada PRK kali ini.

“Saya mendoakan agar anak-anak muda di DUN Sungai Bakap berada dalam keadaan baik dan sejahtera. Insya-Allah,” katanya.Sebuah keluarga keturunan India warga Sungai Bakap menyambut kunjungan Abang Abidin di kediaman mereka.

Pada PRK Sungai Bakap Sabtu, 6 Julai lalu, Abang Abidin yang merupakan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menang dengan majoriti 4,267 dengan memperoleh 14,489 undi; mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang hanya meraih 10,222 undi.

Sebelum itu, beliau ialah bekas pegawai khas kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei 2024, selepas mengalami komplikasi di bahagian perut dan menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada 1 Mei.– HARAKAHDAILY 8/7/2024Keluarga tiga generasi Cina warga Sungai Bakap ini kelihatan ceria menerima kunjungan Abang Abidin.

Ulasan