Terima kasih pengundi Sungai Bakap



Terima kasih pengundi Sungai Bakap
July 6, 2024

ALHAMDULILLAH syukur dan tahniah kepada pengundi atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih tinggi.

Kemenangan ini sangat bermakna kepada PN yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi yang tempang dan rasuah politik yang berleluasa.

Keputusan PRK ini adalah isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan bangsa.

Terima kasih kepada seluruh jentera PN Pulau Pinang dan jentera negeri-negeri yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan di Sungai Bakap.

ABDUL HADI AWANG

Ulasan