Astro AWANI tidak terbit laporan tidak benar

Astro AWANI tidak terbit laporan tidak benar
August 18, 2024


KUALA LUMPUR: Astro AWANI tidak menerbitkan laporan-laporan berita yang tidak benar melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan susulan keputusan PRK DUN Nenggiri, semalam.

“Astro AWANI tidak menerbitkan laporan-laporan berita tersebut dan ia merupakan maklumat tidak benar yang sedang tular di platform media sosial yang sarat dengan berita palsu,” jelas stesen TV itu menerusi laman sosialnya, hari ini.

Sementara itu, Takiyuddin menerusi catatan di mana sosialnya berkata, beberapa page dan individu tidak bertanggungjawab dilihat berkongsi tajuk utama berita palsu dan mula tular.

“Saya menafikan menyebut atau mengeluarkan kenyataan yang tidak logik tersebut atau seumpamanya.

“Malah saya tak pernah memberi apa-apa kenyataan atau bertemu dengan mana-mana media sejak seminggu yang lalu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 18/8/2024

Ulasan