Empat Exco Wanita, Keluarga SG4 bertemu di Perlis
September 21, 2024
Share
KANGAR: Bagi mengukuhkan hubungan antara empat kerajaan negeri (SG4) khususnya dalam Portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dari empat negeri bertemu di Perlis bermula semalam.
- Advertisement -
Exco dari Kelantan, Terengganu dan Kedah telah berkunjung ke negeri ini dalam rangka untuk eratkan hubungan antara empat negeri berkenaan khususnya dalam kerjasama berkaitan portfolio tersebut.
Kedatangan mereka disambut rakan sejawat negeri ini iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perlis, Wan Badariah Wan Saad, di sini.
Turut hadir pada sesi lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan, Kedah, Dato’ Halimaton Saadiah Saad.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim bersama timbalannya, Zuraida Md Noor.
Rohani yang berkongsi mengenai program tersebut memberitahu, lawatan selama dua hari itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara keempat-empat buat negeri SG4.
Menurutnya, pertemuan itu juga untuk memberi fokus agenda terbaik SG4 berkaitan Portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.
“Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara empat negeri dengan saling berkongsi ‘best practices’.
“Kita juga bertukar idea serta pengalaman dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang menjadi kerajaan,” katanya.
Hari ini juga mereka berpeluang bertemu mata dengan isteri Menteri Besar Perlis, Najwa Othman serta pimpinan wanita negeri.
“Sesi ramah mesra hari ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah antara negeri, tapi jugak berbincang mengenai peranan wanita dalam kepimpinan dan pembangunan keluarga,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/9/2024
share & sebarkan:
Ulasan
Catat Ulasan