Kota Setar catat jumlah teramai mangsa banjir


Kota Setar catat jumlah teramai mangsa banjir
September 21, 2024

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat lagi tidak sampai lima jam, jumlah meningkat ke 8,111 mangsa membabitkan 2,595 keluarga berbanding 7,839 orang (2,477 keluarga) ketika direkodkan pukul 1:00 tengah hari tadi.

Kesemua jumlah itu membabitkan keseluruhan mangsa di lima daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang Bandar Baharu dan Pokok Sena.

Melalui laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, sehingga jam 5:00 petang hari ini, Daerah Kota Setar terus mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 4,170 mangsa daripada 1,385 keluarga setakat ini.

Manakala di daerah Kubang Pasu mencatatkan penurunan seramai 1,483 mangsa di 10 PPS daripada 472 keluarga berbanding 1,869 mangsa (597 keluarga) sebelum ini.

Diikuti Daerah Pokok Sena yang juga merekodkan penurunan daripada 889 mangsa (272 keluarga) ke 828 orang membabitkan 256 keluarga.

Sementara Pendang mencatatkan peningkatan kepada 1,483 mangsa melibatkan 448 keluarga berbanding 1,291 orang pada jam 1:00 tengah hari tadi, tidak terkecuali Kulim Bandar baharu juga memperlihatkan trend menaik daripada 138 mangsa ke 147 orang.

Walau bagaimanapun, PPS di Kuala Muda yang menempatkan 184 mangsa ditutup sepenuhnya hari ini berikutan paras air semakin surut. – HARAKAHDAILY 21/9/2024

Ulasan