MAHA: Pengunjung cari beras tempatan
PENGUNJUNG membeli beras tempatan yang dijual pada harga RM26 untuk 10 kilogram di MAHA 2024 di MAEPS, Serdang, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Oleh HAFIZ SAIDINA
22 September 2024, 6:40 am
SERDANG: Para pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 tidak melepaskan peluang untuk mencari beras putih tempatan yang dijual setiap hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
Peniaga beras putih tempatan, Amirudin Zainal Abidin, 47, berkata, setiap hari kira-kira 1,300 kampit beras dijual dengan setiap individu dibenarkan membeli dua kampit sahaja.
“Beras putih tempatan dijual dengan harga RM26 bagi kampit 10 kilogram (kg) dan RM13 untuk kampit 5 kg. Beras putih tempatan yang dijual adalah jenama JATI.
“Jualan beras putih tempatan ini mencecah anggaran RM40,000 sehari bagi dua reruai yang terdapat di MAHA,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Sementara itu, pengunjung MAHA, Fatin Zahira, 46, berkata, dia mengambil peluang untuk hadir ke MAHA kali ini untuk mencari beras tempatan yang kian sukar dicari.
“Saya membeli dua kampit 10 kg beras tempatan yang mampu bertahan hampir dua bulan untuk keluarga kecil saya,” katanya. – UTUSAN
Ulasan
Catat Ulasan