Negeri Utara diramal alami ribut petir, hujan berpanjangan



Negeri Utara diramal alami ribut petir, hujan berpanjangan
September 1, 2024

ALOR SETAR: Negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia diramalkan akan mengalami ribut petir dan hujan berpanjangan bermula esok hingga 7 September depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya meramalkan akan berlaku penumpuan angin di utara pada tempoh berkenaan.

Negeri yang terlibat ialah Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan termasuk di Utara Perak.

Sementara, merujuk laporan berkenaan, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka masih berpotensi berlaku di negeri-negeri lain sepanjang tempoh minggu ini.

Berikutan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersedia dan merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 1/9/2024

Ulasan