Raja Petra Kamarudin meninggal dunia
September 10, 2024
KUALA LUMPUR: Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 74, meninggal dunia di United Kingdom (UK).
Perkara itu dimaklumkan oleh Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin, pagi ini.
“Dengan rasa amat dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada pukul 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin 9 Sept di Manchester, UK.
“Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan para syuhada dan para solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
Raja Petra yang lebih dikenali dengan RPK dilahirkan pada 27 Sept 1950. – HARAKAHDAILY 10/9/2024
Ulasan
Catat Ulasan