30,000 keluarga terjejas banjir besar di Thailand


30,000 keluarga terjejas banjir besar di Thailand
Oleh NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMAN
8 Oktober 2024, 1:00 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lebih 30,000 keluarga di seluruh Thailand terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu, sementara operasi menyelamat dan bantuan giat dijalankan, lapor media tempatan.

Sebanyak 20 wilayah di utara dan timur laut Thailand masih bergelut dengan kesan banjir, menurut laporan Bangkok Post.


Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir yang berlaku di kebanyakan wilayah di Thailand menjejaskan 34,373 keluarga.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terkorban di seluruh negara akibat banjir yang berlaku sejak 16 Ogos lalu.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat giat dilancarkan selepas dua gajah ditemukan mati akibat banjir di Taman Gajah Semula Jadi, Chiang Mai, salah satu kawasan paling teruk terjejas.

Pihak berkuasa berkata, usaha besar-besaran sedang dijalankan untuk mencari haiwan yang terkandas dalam air yang semakin meningkat dan arus deras.


Helikopter Tentera Udara Diraja Thailand turut terlibat dalam operasi tersebut, yang merupakan rumah kepada 126 ekor gajah, di mana dua daripadanya disahkan mati setelah dihanyutkan oleh arus deras.

Gajah betina, Phang Fah Sai, ditemukan mati berhampiran resort Sibsan di daerah Mae Taeng pada pagi Sabtu, manakala seekor lagi yang mati dipercayai Plang Mae Khor, yang sebelum ini mengalami kecacatan pada kakinya.- AGENSI

Ulasan