
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS Bandar Baharu ditutup
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 21, 2024 @ 12:11pm
PPS di SK Sungai Kechil Ulu yang menempatkan 109 mangsa banjir akibat air pasang besar, Sabtu lalu akhirnya ditutup sepenuhnya hari ini. - Foto APM
BANDAR BAHARU: Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang menempatkan 109 mangsa daripada 30 mangsa banjir susulan air pasang besar Jumaat lalu, ditutup sepenuhnya, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu akan ditutup secara rasmi oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Noor Ismail.
Beliau berkata, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya hari ini.
Ini adalah PPS terakhir yang ditutup di negeri ini selepas banjir pulih sepenuhnya hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan