Menteri Besar raikan delegasi Perpaduan Nasional

 Menteri Besar raikan delegasi Perpaduan Nasional

 
Share

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud hari ini menyantuni enam delegasi dari pelbagai negeri, termasuk kaum bukan Islam.Beliau meraikan tetamu pagi ini dengan bersarapan pagi di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini sempena Karnival Perpaduan Nasional yang bertemakan Kelantan Model Perpaduan.

Perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang penuh semangat perpaduan dan harmoni, selari dengan aspirasi Kelantan di mana bertoleransi dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Pemerintahan Kelantan berteraskan Islam sentiasa mengutamakan keharmonian antara kaum serta memupuk rasa kebersamaan dalam membangun negeri.

Beliau berkata, karnival ini menjadi platform untuk menonjolkan Kelantan sebagai model perpaduan yang teguh dan dihormati.

“Saya mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini dan berharap perpaduan serta kerjasama antara kita akan terus kukuh demi kemakmuran negara,” katanya lagi.

Menurutnya, semangat perpaduan yang telah wujud di Kelantan sejak sekian lama perlu dipelihara sampai bila-bila. – HARAKAHDAILY 20/10/2024

Ulasan