Anak murid diharap ikut Cikgu Saimon sertai PAS
November 22, 2024
ROMPIN: Mantan guru besar, Saimon Siraj yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Felda Keratong, termasuk Sekolah Kebangsaan Tekek di Pulau Tioman, malam tadi mengambil langkah bersejarah dengan menyerahkan borang keahlian PAS bersama seluruh ahli keluarganya.
Borang keahlian tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad dalam program Ijtima’ Tarbawi PAS kawasan yang diadakan di Markas PAS Cawangan Felda Keratong 3. Kira-kira 100 orang menyertai ijtimak tersebut.
“Cikgu Saimon, yang dikenali ramai terutamanya anak muda yang pernah menjadi anak murid beliau suatu ketika dulu.
“Bila anak murid pun tahu cikgu mereka sudah sertai PAS, kita harap lebih ramai anak murid dan rakan beliau akan sertai PAS,” ujar Nazri.
Menurutnya, kehadiran Saimon dan keluarganya di dalam PAS adalah satu perkembangan yang positif.
“Semoga kehadiran Cikgu Saimon dan keluarga dalam keluarga besar PAS Rompin dapat menyemarakkan lagi semangat dan memperkukuhkan gerak kerja gerakan Islam di bumi Rompin.
“Cikgu Saimon yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia pendidikan di kawasan Felda, dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai sokongan, khususnya daripada kalangan anak muda,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Ibam. – HARAKAHDAILY 22/11/2024
Ulasan
Catat Ulasan