
Konvensyen NGO Islam Nasional bincang isu semasa
November 16, 2024
KUALA LUMPUR: Hari ini menyaksikan bermulanya Konvensyen NGO-NGO Islam Nasional anjuran Lajnah Hubungan dan Seranta PAS Pusat.
Konvensyen tersebut diadakan di Akademi Pendidikan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang mana tujuannya adalah lebih kepada membincangkan isu-isu semasa yang berlaku pada masa ini.
Lebih 300 peserta hadir dalam Konvesyen NGO-NGO Islam Nasional itu.
Perkara sebegini jelas membuktikan bahawa masih ramai umat Islam yang peduli terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ini.
Antara tokoh ternama yang akan membincangkan perkara tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad; Penyelidik dan Penulis Institut Ahli Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman dan Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aswanizam Alias.
Antara isu yang dibincangkan ialah berkaitan pelupusan Tanah Rizab Melayu yang mana masalah tersebut semakin berleluasa pada hari ini.
Bukan itu sahaja, malah terdapat lagi isu-isu lain yang akan dibincangkan dalam konvesyen ini memandangkan ianya semakin serius terhadap rakyat negara ini.
Semoga lebih ramai lagi rakyat yang benar-benar cakna dengan permasalahan yang berlaku pada hari ini melalui konvensyen tersebut. -HARAKAHDAILY 16/11/2024
Ulasan
Catat Ulasan