Rasuah: Bung Moktar, Zizie diperintah bela diri
BUNG Moktar Radin dan Zizie Izette Abdul Samad diperintah bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Oleh SUWARNI MOKHTAR
18 November 2024, 9:45 am
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendapati terdapat merit dalam rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 September lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Bung Moktar dan Zizie daripada tiga tuduhan berkaitan rasuah itu.
Pada 7 September 2023, Bung Moktar dan Zizie dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga tuduhan berkaitan rasuah itu setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan semakan mereka.
Mereka pada mulanya dijadualkan untuk membela diri pada Julai 2023. – UTUSAN (BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL)
Ulasan
Catat Ulasan