JUMLAH PEMBUKAAN PPS TERTINGGI SETAKAT INI ; 708 BUAH





 

JUMLAH PEMBUKAAN PPS TERTINGGI SETAKAT INI ; 708 BUAH

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Mangsa banjir sudah mencecah angka 152,051 orang yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah pusat pemindahan yang dibuka ketika ini 708 buah PPS, mencapai jumlah pembukaan PPS yang paling tinggi setakat ini.

Keseluruhannya, ketika ini sembilan buah negeri terlibat dengan pemindahan mangsa banjir ke PPS melibatkan 44,559 keluarga.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
1 Disember 2024, 11.05 pagi


Ulasan