Liverpool terus mengganas


Liverpool terus mengganas
MOHAMED Salah meraikan jaringan gol ketiga bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di Stadium London. - AFP
Oleh Meja Sukan
30 Disember 2024, 7:36 am

LONDON: Liverpool semakin hampir ke gelaran ke 20 Liga Perdana Inggeris selepas membelasah West Ham 5-0 sekali gus selesa dengan lapan mata di puncak liga.

Luis Diaz, Cody Gakpo, Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota masing-masing menyumbat satu gol pada penghujung tahun ini dan Reds menjadi pilihan untuk menamatkan penantian menjulang gelaran liga kedua selepas 35 tahun.

Sementara itu, Nottingham Forest mencatat kejutan mendaki ke tangga kedua liga, namun Arsenal dan Chelsea dijangka mengekori rapat memandangkan kedua-duanya mempunyai perlawanan pada minggu ini.

Seperti sebelumnya, pengendali Liverpool, Arne Slot mengulangi kenyataannya masih belum buat anak-anak buahnya untuk meraikan kejuaraan walaupun pasukannya masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan. – AFP/UTUSAN

KEPUTUSAN

Leicester 0-2 Manchester City
Crystal Palace 2-1 Southampton
Everton 0-2 Nottingham Forest
Fulham 2-2 Bournemouth
Tottenham 2-2 Wolves

Ulasan