Campur tangan lantikan hakim satu jenayah




Campur tangan lantikan hakim satu jenayah
TENGKU Maimun (tengah) bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim (dua dari kanan); Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli (kanan) dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim (dua dari kiri) ketika Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Oleh SUWARNI MOKHTAR
9 Januari 2025, 7:00 am

PUTRAJAYA: Sesiapa yang mengganggu atau cuba mengganggu kebebasan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dianggap melakukan jenayah di bawah Seksyen 34 Akta SPK yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, tiada mana-mana pihak selain SPK dan Perdana Menteri yang boleh mencadangkan calon untuk pelantikan ke semua jawatan hakim di mahkamah atasan.

“Jika ini dilakukan, bukan saja badan kehakiman dipijak, kebebasannya dicabuli dan dikikis, malah ia adalah percubaan untuk campur tangan dalam perjalanan keadilan dengan mempengaruhi perjalanan kehakiman.

“Sepanjang saya menjadi ahli dalam SPK, tidak pernah sekali saya saya masuk campur dalam prosesnya. Saya dari dahulu mempunyai kepercayaan penuh dalam kebebasan kehakiman terutamanya dalam pelantikan hakim-hakim. Disebabkan itu, saya berpegang teguh kepada semua prinsip Perlembagaan dan Akta SPK 2009.

“Jika sesiapa mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa kami tidak melakukan ini, maka saya akan mengingatkan anda bahawa, mengikut undang-undang dan prosedur, JAC sekali lagi hanyalah sebahagian daripada proses pelantikan dan anda mungkin harus menuding jari ke tempat lain,” katanya dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Tengku Maimun berkata, semua hakim perlu membuat keputusan perbicaraan mahkamah secara adil dan tanpa dipengaruhi pihak tertentu terutamanya badan Eksekutif.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab seorang hakim untuk melaksanakan keadilan secara saksama termasuk beliau sendiri sejak bermula hari pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman itu.

Kata beliau, mereka mesti bersikap demikian walaupun berhadapan mana-mana pihak termasuk dengan badan Eksekutif atau sesiapa saja yang cuba mempengaruhi sesuatu keputusan.

“Apabila saya dilantik sebagai Ketua Hakim wanita pertama Malaysia, seseorang bertanya kepada saya iaitu apakah yang akan anda lakukan, jika badan Eksekutif atau mana-mana pihak berpengaruh menuntut anda memutuskan sesuatu kes dengan cara tertentu?

“Apa yang akan anda lakukan jika berhadapan dengan permintaan untuk melantik orang tertentu sebagai hakim atau membuat keputusan yang anda tahu salah di sisi undang-undang tetapi tepat untuk parti yang mempunyai kepentingan peribadi?

“Sebelum saya menjawab soalan itu, izinkan saya menekankan perkara ini: seorang hakim mesti sentiasa membuat keputusan dengan adil, saksama dan objektif,” katanya.

Tengku Maimun berkata, semua hakim perlu mem buat keputusan perbicaraan mahkamah secara adil dan tan pa dipengaruhi pihak tertentu terutamanya badan Eksekutif.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab seorang hakim untuk melaksanakan keadilan secara saksama termasuk be liau sendiri sejak bermula hari pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman itu.

Kata beliau, mereka mesti bersikap demikian walaupun berhadapan mana-mana pihak termasuk dengan badan Ek sekutif atau sesiapa saja yang cuba mempengaruhi sesuatu keputusan.

“Apabila saya dilantik sebagai Ketua Hakim wanita pertama Malaysia, seseorang bertanya kepada saya iaitu apakah yang akan anda lakukan, jika badan Eksekutif atau mana mana pihak berpengaruh menuntut anda memutuskan sesuatu kes dengan cara tertentu?

“Apa yang akan anda laku kan jika berhadapan dengan permintaan untuk melantik orang tertentu sebagai hakim atau membuat keputusan yang anda tahu salah di sisi undang undang tetapi tepat untuk parti yang mempunyai kepentingan peribadi?

“Sebelum saya menjawab soalan itu, izinkan saya menekankan perkara ini: seorang hakim mesti sentiasa membuat keputusan dengan adil, saksama dan objektif,” katanya.

Tengku Maimun berkata, sudah menjadi tanggung jawabnya untuk melaksanakan keadilan secara saksama seba gai Ketua Hakim Negara dan beliau berkongsi nasihat tersebut kepada penggantinya yang diyakini mampu menjalankan tugas berkenaan.

Katanya, beliau selama ini tidak pernah mengimpikan jawatan Ketua Hakim Negara namun ditakdirkan mengetuai badan kehakiman negara sejak 2019.

Kata Tengku Maimun, tanggungjawab yang diamanahkan itu memang menakutkan, namun berazam untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin apabila bersetuju menerima pelantikan berkenaan.

Tengku Maimun berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan untuk terus memper juangkan kebebasan kehakiman.-UTUSAN

Ulasan