Foto cantik, mesra pengguna
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
10 Mei 2024, 10:00 am
MUSIM perayaan ini fungsi kamera telefon pintarlah yang perlu bekerja lebih keras untuk merakam gambar-gambar menarik dan rakamam video untuk diabadikan dalam album atau berkongsi bersama teman di laman sosial masing-masing.
Saya tidak terkecuali melakukan resam yang sama, lebih-lebih lagi dunia tanpa sempadan dan di hujung jari seperti hari ini.
Bila melihat rakan-rakan lain berkongsi gambar sambutan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, mana mungkin kita ketinggalan.
Anak-anak yang meningkat remaja dan sebati dengan teknologi menjadikan pengalaman merakam memori indah itu semakin menyeronokkan.
Sepanjang lebih 20 tahun memiliki pelbagai jenama telefon, saya sememangnya menyakini jenama diasaskan Daegu, Korea Selatan, Samsung ini. Rakaman foto dan videonya sentiasa sahaja memuaskan hati.
Peluang mencuba Samsung Galaxy A55 5G baru-baru ini rasanya bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
Android mesra pengguna ini memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pengguna berkeluarga seperti saya.
Eksperimentasi saya sekeluarga mencari port menarik untuk merakam kenangan, merata.
Daripada ladang dan kebun kelapa sawit, pinggir pantai di Bagan Nakhoda Omar hinggalah ke hamparan sawah padi di Sungai Panjang, Sabak Bernam.
Rakamannya bukan sahaja jelas tetapi kontras warna dipaparkan turut membanggakan menerusi pemproses AI ISP.
Keupayaan merakam video 12-bit HDR pada resolusi tinggi Ultra HD 4K juga sangat stabil.
Dalam keterujaan mengambil gambar dan bertukar-tukar jurugambar, tersembam juga peranti ini ke atas tanah bertar.
Namun degup jantung saya stabil, apabila lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ dimiliki menjadikannya tahan lasak.
Tidak sedikit pun calar. Rakaman juga mudah, tidak perlu berperang dengan cahaya lantaran panel AMOLED dilengkapi menyokong kadar kecerahan maksima sehingga 1,000 nits yang menawarkan kejelasan baik walaupun berada bawah cahaya matahari terik sawah padi.
Teknologi pendinginan inovasi sehingga lebih 74 peratus turut memberikan keselesanaan dan kurang
kehangatan dalam pengggunaan yang lama.
Aidilfitri sudah, Aidiladha bakal menjelma tiba. Saya sudah berkira-kira mahu ke Sungai Panjang,
Sabak Bernam. Padinya kelak sudah pasti ranum bagaikan hamparan keemasan.
Sebagai promosi, sehingga 19 Mei ini, pembeli Galaxy A55 5G berpeluang memenangi hadiah menarik seperti motosikal Yamaha Y15ZR, Galaxy Tab S9 Fe atau Galaxy Buds FE.
Hanya beli, daftar & log masuk akaun Samsung Members. Klik pada banner ‘Lebih Awesome, Lebih
Menang’ & jawab soalan mudah. Maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy A55 5G.
Ulasan
Catat Ulasan