Titah Adendum keputusan besar buat negara
January 6, 2025
Mumtaz (tiga dari kanan) bersama pemimpin PAS berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya
PUTRAJAYA: “Keputusan ada atau tiada Titah Adendum adalah keputusan yang besar kerana membabitkan institusi raja dan kes pertama di negara ini.
“Kita hanya mahu keadilan ditegakkan, bukan hanya untuk Datuk Seri Najib Razak, malah kepada semua pihak,” kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berkata, keputusan berhubung Titah Adendum di Mahkamah Rayuan hari ini adalah perkara yang jarang di dengar di Malaysia.
Menurutnya, kesan keputusan ini akan memberi impak kerana di luar negara, banyak kes ahli politik menjalani tahanan di rumah, manakala di negara ini, kes Najib adalah yang pertama.
“Jadi sebagai pemimpin dan ahli politik, kita ada ‘interest’ (kepentingan) untuk tahu wujud atau tidak Titah Adendum. Sebelum ini, kes Lim Guan Eng, kita boleh sahaja tunggu di rumah. Begitu juga kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi (kali ini) kita memilih untuk datang ke mahkamah untuk memberi sokongan.
“Kita hadir bukan hanya memberi sokongan kepada Datuk Najib tetapi pasukan peguam yang membawa kes ini,” katanya ketika ditemui di Himpunan Solidariti Najib di sini, hari ini.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan Najib untuk membuat semakan kehakiman terhadap kewujduan Titah Adendum. Ini menyebabkan mantan Perdana Menteri mengemukakan rayuian di Mahkamah Rayuan di sini. Ketika ini, prosiding di Mahkamah Rayuan masih berlangsung – HARAKAHDAILY 6/1/2025
Ulasan
Catat Ulasan