PENGERUSI DAP GESA AKTA ANTIDISKRIMINASI KAUM
1. Prihatin sungguh Pengerusi DAP, hanya kerana ada satu insiden maka cepat² digesanya kerajaan untuk gubal akta antidiskriminasi kaum.
2. Saya percaya kita semua rakyat Malaysia mahukan negara yang aman dan harmoni. Insiden diskriminasi kaum walaupun melibatkan segelintir masyarakat, ia perlu kita elakkan. Islam menggesa agar umatnya berlaku adil kepada semua kaum walaupun adanya perasaan benci;
"Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi mereka yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" - Al-Maidah ayat 8.
3. Bila JAKIM keluarkan Garis Panduan untuk melawat rumah ibadah bukan Islam, DAP buat kenyataan media untuk bantah garis panduan tersebut. Akhirnya garis panduan JAKIM ditolak kerajaan, hanya disuruh BERI NASIHAT dan tak perlu garis panduan.
4. Kesempatan ini, saya nak jelaskan sedikit perbezaan di antara Akta dan Garis Panduan dari segi kuasa perundangan, kewajipan pematuhan dan tujuan penggunaannya.
5. Akta adalah Undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Akta mempunyai kuasa perundangan yang mengikat semua individu, organisasi dan pihak berkaitan. Kegagalan mematuhi boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda atau hukuman penjara.
6. Manakala Garis Panduan adalah dokumen yang dikeluarkan oleh badan berkuasa sebagai rujukan atau panduan bagi membantu pematuhan terhadap sesuatu peraturan atau amalan terbaik. Garis Panduan tidak mengikat secara perundangan seperti akta, tetapi boleh digunakan sebagai asas dalam keputusan pentadbiran atau penguatkuasaan.
7. Bermakna, gesaan DAP untuk wujudkan Akta ini akan berkaitan dengan tindakan undang-undang sedangkan Garis Panduan hanyalah tidak pun melibatkan melibatkan penguatkuasaan undang-undang. Tetapi itupun DAP bantah.
8. Saya saja kaitkan di antara Garis Panduan JAKIM dengan gesaan Pengerusi DAP supaya kita dapat lihat sikap DAP. Walaupun ramai yang dah sedar tapi masih ada lagi yang kabur.
9. Kepada peniaga jagung yang mencetuskan isu di Kota Warisan, sikap anda amat menyedihkan dan memalukan. Semoga tindakan sewajarnya dikenakan kepadanya.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan