
'Saya jadi Exco sebab dipilih rakyat, bukan hasil 'menjilat'' - Akmal Saleh
24 Februari 2025 07:26pm
Masa membaca: 2 minit
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak kenyataan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa beliau memperoleh jawatan sebagai Exco kerajaan negeri hasil daripada tindakan ‘menjilat’.
Menurut Muhamad Akmal, kedudukannya sebagai Exco adalah hasil mandat dan kepercayaan rakyat bukan kerana mengampu mana-mana pemimpin.
"Datuk Seri buat kenyataan beritahu bahawa Datuk Seri menjilat untuk keuntungan saya dapat jadi Exco kerajaan negeri. Tapi nak beritahu, saya jadi Exco disebabkan dipilih oleh rakyat.
"Ketika itu pun Datuk Seri langsung tidak membantu apa lagi datang tolong berkempen. Jadi saya diangkat oleh rakyat, bukan dengan cara menjilat pemimpin," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, Mohamed Nazri membidas Muhamad Akmal sebagai kebudak-budakan dan mempunyai mentaliti rendah.
Mohamed Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Muhamad Akmal yang menyifatkannya sebagai 'penjilat' selepas menyifatkan tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri jika Anwar Ibrahim tiada.
Tambah beliau, ayat Mohamed Nazri perlu diperbetulkan agar lebih jelas.
"Maka saya nak perbetulkan bahawa Datuk Seri menjilat sebenarnya untuk keuntungan peribadi, bukan orang lain.
"Satu lagi jawapan Datuk Seri ini jika orang muda panggil jawapan 'koyak', teruskan menjilat," jelasnya.
Muhamad Akmal memberitahu, beliau lebih rela jadi kebudakan-budakan daripada orang tua yang hidup dengan menjilat demi kepentingan diri.
"Bila kita jawab,dia kata kita kebudak-budakan pula. Tidak mengapalah," katanya
Ulasan
Catat Ulasan