Alexander-Arnold setuju tawaran lumayan Real


Alexander-Arnold setuju tawaran lumayan Real
Mac 26, 2025 @ 9:24am
Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold (tengah) dilaporkan bersetuju dengan kontrak lima tahun ditawarkan Real Madrid. - Foto AFP

LIVERPOOL: Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold dilaporkan bersetuju untuk menyertai Real Madrid dengan bayaran 240,000 pound (RM1.37 juta) seminggu bagi tempoh lima tahun.

Bek kanan itu sudah lama berada dalam radar Real selepas menjadi salah seorang daripada pertahanan terbaik dunia.

Pemain 26 tahun itu sudah memenangi semua trofi bersama Liverpool dan bakal menamatkan karier di Anfield dengan satu lagi gelaran Liga Perdana Inggeris.

Alexander-Arnold, yang menyertai akademi Liverpool sejak berusia enam tahun, menjadi ejen bebas pada musim panas ini sebaik kontraknya tamat.

Dia dilaporkan bersetuju menandatangani kontrak lima tahun yang akan memberikannya bayaran 13 juta pound (RM74.4 juta) setahun.

Di Liverpool, Alexander-Arnold dibayar gaji 180,000 pound (RM1.03 juta) seminggu.

Perpindahan itu akan menyaksikan Alexander-Arnold bergandingan dengan kawan baiknya, Jude Bellingham. - AGENSI

Ulasan