
Antara birokrasi dan kemanusiaan, di mana batasnya?
22 Mac 2025 08:00am
Masa membaca: 2 minit
[DIKEMAS KINI] ISU yang tular memaparkan seorang warga emas meluahkan kekecewaan kerana tindakan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa mahu merampas petai jualannya di tepi jalan mendapat perhatian dan simpati orang ramai.
Tindakan warga emas tersebut yang mencampakkan petai ke jalan raya dan longkang berhampiran juga mengundang rasa sedih.
"Nah ambil semua... Nah ambil semua... Nak cari sesuap nasi pun tak boleh di negara sendiri.
"Habis saya nak buat macam mana?... Saya bukan berniaga setiap hari atau 24 jam. Nak buat macam mana? Takkan kamu nak saya jual dadah atau menyamun," katanya.
Berikutan itu, ramai pengguna media sosial mengecam tindakan penguat kuasaan PBT terbabit yang dikatakan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki membuang petai yang dijualnya di atas jalan
Bagaimanapun, isu tersebut dianggap selesai apabila Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bersetuju mengeluarkan lesen peniaga sementara kepada warga emas berkenaan hasil perbincangan yang dilakukan ketika sesi pertemuan pihak MPPD.
Penulis percaya, perkembangan ini sedikit sebanyak meredakan ketegangan yang timbul.
Meskipun begitu, hakikatnya isu berkenaan bukan sekadar luahan emosi seorang warga emas, tetapi mencerminkan dilema antara ketegasan undang-undang dan nilai kemanusiaan.
Dalam konteks peraturan, tindakan penguat kuasa sebagai menjalankan tugas, namun bagaimana pula dari sudut kemanusiaan.
Jika matlamatnya untuk memastikan perniagaan teratur dan patuh undang-undang, tidakkah ada cara lebih berhemah, seperti memberi amaran terlebih dahulu atau menyediakan alternatif lokasi berniaga yang sah?.
Ulasan
Catat Ulasan