EMPAT PESANAN BUAT KAKITANGAN PEJABAT AGUNG PAS
Dalam ucapan ringkas saya tadi, saya menekankan kepada semua kakitangan di Pejabat Agung PAS supaya perlu;
Pertamanya, kenal mengenali di antara satu sama lain. Seperti rukun usrah yang pertama; Taaruf, maka perlu kenal antara satu sama lain. Bila dah kenal maka akan akan wujudnya kesefahaman (Tafahum). Bila dah ada kesefahaman maka akan wujudlah rasa ingin bertolong-tolongan (Takaful).
Kedua, perlu wujudkan kemesraan di antara sesama kakitangan. Dengan terbinanya kemesraan maka suasana kondusif dan harmoni dapat menghilangkan prasangka dan sentiasa berangka baik. Jika ada rasa tidak puashati, ia akan mudah untuk dinyatakan kepada empunya diri.
Ketiganya, semua kakitangan adalah sama walaupun berbeza jawatan. Jangan rasa rendah diri walaupun hanya pekerja bawahan dan jangan ada bangga diri walaupun pekerja atasan. Kerana kita semua bekerja untuk mencari keredhaan Nya.
Keempat, gunakan kesempatan pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan untuk menambakan keampunanNya.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan