
Isteri Ustaz Misbah kembali ke rahmatullah
March 10, 2025
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datuk memaklumkan bahawa isteri tercintanya, Jamidah Sandang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.
Menurut beliau, almarhumah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak perempuan mereka di Kajang 2 pada jam 5:30 petang dan jenazah telah dibawa ke Ipoh, Perak untuk dikebumikan di sana nanti.
“Rumah saya di Ipoh beralamat No.2, Jalan Seri Rapat, Taman Maju Rapat, Ipoh. Solat jenazah dalam pukul 11 pagi (nanti) di Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat. Segala salah silap isteri mohon yang mengenali memaafkannya.
“Doakan dapat rahmat Allah dan keampunan-Nya,” maklum dan harap beliau yang mesra dipanggil Ustaz Misbah dalam hantaran dimuat naik di Facebook rasminya dan menerima ribuan takziah.
Difahamkan kesihatan almarhumah merosot sejak tahun lalu atas penyakit dihadapinya dan kerap berulang-alik ke hospital bagi menerima rawatan perubatan. Al-Fatihah. – HARAKAHDAILY 10/3/2025
Ulasan
Catat Ulasan