
Kain Benang Johor
08 Mac 2025 03:31pm
Masa membaca: 1 minit
Antara model yang memperagakan Kain Benang Johor Koleksi Qalbu dan Program Kolaborasi Kain Benang Johor, pada majlis pelancarannya di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, semalam.
Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah melancarkan koleksi terbaharu Kain Benang Johor Koleksi Qalbu bagi mempromosikan pemakaian Kain Benang Johor kepada setiap masyarakat khususnya kepada penjawat awam negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri K.Raven Kumar berkata matlamat penghasilan Kain Benang Johor Koleksi Qalbu edisi terhad ini bukan sahaja dapat memartabatkan Warisan Tekstil Johor malah memastikan keunikan Kain Benang Johor dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan