Kapal Starship SpaceX meletup di angkasa



Kapal Starship SpaceX meletup di angkasa
March 7, 2025

Serpihan roket SpaceX di ruang angkasa Bahamas.

FLORIDA: Kapal angkasa Starship, SpaceX meletup di angkasa semalam, beberapa minit selepas berlepas dari Texas, memaksa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menghentikan lalu lintas udara di beberapa kawasan Florida, kegagalan kedua berturut-turut tahun ini untuk program roket Marikh Elon Musk.

Beberapa video di media sosial menunjukkan serpihan berapi-api di langit senja berhampiran Florida selatan dan Bahamas selepas Starship pecah di angkasa sejurus selepas berputar tidak terkawal dengan enjin terputus.

Kegagalan ujian kelapan Starship berlaku lebih sebulan selepas ujian ketujuh berakhir dengan kegagalan. Kemalangan letupan berturut-turut berlaku dalam fasa awal yang mudah diatasi oleh SpaceX sebelum ini, kini menjadi kegagalan program Musk yang berusaha untuk mempercepatkan program pada tahun ini.

Sistem roket sepanjang 123 meter adalah penting dalam rancangan Musk untuk menghantar manusia ke Marikh sebaik sahaja permulaan dekad.

FAA mengarahkan pendaratan kapal terbang di lapangan terbang Miami, Fort Lauderdale, Palm Beach dan Orlando dihentikan kerana “serpihan pelancaran angkasa lepas.” Agensi itu juga menyatakan memulakan siasatan terhadap kejadian itu.

Roket itu berlepas kira-kira jam 6:30 petang dari kemudahan roket Boca Chica, Texas, SpaceX. Penggalak peringkat pertama Super Heavy terbang kembali ke bumi seperti yang dirancang dan berjaya ditangkap di udara oleh kren SpaceX.

Namun beberapa minit kemudian, lintas langsung SpaceX menunjukkan peringkat atas Starship berputar di angkasa, manakala visualisasi enjin roket menunjukkan beberapa enjin mati. Hubungan kemudian terputus dengan kapal itu dan juruhebah lintas langsung segera membuat sambungan ke penerbangan sebelumnya.

“Malangnya ini berlaku seperti sebelum ini, jadi kami mempunyai pengalaman sekarang,” kata jurucakap SpaceX, Dan Huot dalam lintas langsung.

Kapal angkasa Starship SpaceX berlepas dari pangkalan Brownsville, Texas, Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan semalam, SpaceX berkata Starship mengalami “peristiwa bertenaga” di bahagian belakang yang mengakibatkan kehilangan beberapa enjin.

“Ini seterusnya membawa kepada kehilangan kawalan dan akhirnya kehilangan komunikasi dengan Starship,” kata kenyataan itu. “Hubungan terakhir dengan Starship berlaku kira-kira 9 minit dan 30 saat selepas berlepas.”

Januari lalu, kegagalan Starship berlaku selepas lapan minit berlepas apabila roket itu meletup, menghujani serpihan di pulau Caribbean dan menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah kereta di Kepulauan Turks dan Caicos.

FAA yang mengawal pelancaran roket persendirian, berkata siasatan memerlukan SpaceX untuk meneliti punca kegagalan dan mendapatkan tandatangan agensi sebelum Starship boleh terbang semula.

Bulan lalu, FAA meluluskan pelancaran SpaceX untuk penerbangan ujian semalam. Pada masa sama, siasatan terhadap kegagalan Starship sebelum ini masih terbuka. FAA memberitahu telah menyemak permohonan lesen SpaceX dan butiran awal hasil siasatan kemalangan sebelum ini yang menentukan bahawa penerbangan kelapan Starship boleh diteruskan.

Starship menyasarkan untuk membuat orbit penuh mengelilingi bumi dan memasuki semula Lautan Hindi untuk percikan, mensimulasikan urutan pendaratan yang SpaceX mahu lakukan tidak lama lagi di darat sebagai fasa penting pembangunan roket seterusnya. – REUTERS

Ulasan