Kes warga emas dirempuh ketika berteduh bawah jejambat dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

 

Kes warga emas dirempuh ketika berteduh bawah jejambat dirujuk Timbalan Pendakwa Raya
Oleh Raja Noraina Raja Rahim - Mac 26, 2025 @ 11:55am
Lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan, parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kes warga emas parah dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jejambat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi di sini, pada Ahad lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan kes berkenaan masih diteruskan.

"Buat masa ini, pemandu diberi jamin polis bagi menunggu siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki warga emas yang berteduh daripada hujan di lorong kecemasan di bawah jejambat parah dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini.

Ulasan