Penyokong Liverpool mahu Alexander-Arnold direhatkan


Penyokong Liverpool mahu Alexander-Arnold direhatkan
Mac 26, 2025 @ 12:20pm
Penyokong Liverpool mula mengecam Trent Alexander-Arnold yang semakin pasti akan menyertai Real Madrid. - Foto AFP

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool mula mengecam Trent Alexander-Arnold yang semakin hampir untuk menyertai Real Madrid.

Alexander-Arnold, 26, bersama Virgil van Dijk dan Mohamed Salah akan tamat kontrak masing-masing di Anfield pada musim panas ini.

Liverpool masih berunding dengan ketiga-tiga bintangnya itu, tetapi Alexander-Arnold hampir pasti menyertai Real selepas dilaporkan bersetuju dengan tawaran kelab gergasi Sepanyol itu.

Spekulasi berkenaan mencetus kemarahan sebahagian penyokong Liverpool sehingga ada yang menggesa supaya pengendali, Arne Slot merehatkan terus pemain kelahiran akademi kelab itu.

"Jika saya, saya akan menggugurkan Trent untuk baki saingan musim ini. Jangan biarkan dia menjadi sebahagian akhir musim. Jangan biarkan dia ucap selamat tinggal.

"Jangan letakkan dia di bangku simpanan sama sekali. Jangan babitkan dia dalam meraikan gelaran atau perarakan. Biar dia tonton dari rumah," kata salah seorang penyokong The Reds di media sosial.


Alexander-Arnold menyertai akademi Liverpool ketika berusia enam tahun, membuat penampilan pertama pada usia 18 tahun menentang Tottenham dalam saingan Piala Liga 2018.

Sehingga kini dia mengumpul 349 penampilan untuk The Reds dan antara tonggak kejayaan pasukan sejak beberapa tahun lalu. - AGENSI

Ulasan