REE, EV berpotensi jadi pemacu utama ekonomi negara
March 20, 2025
Share
Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff
KUALA LUMPUR: Rangka strategi yang lebih jelas dan berkesan untuk menarik pelaburan dalam sektor unsur nadir bumi (REE), kenderaan elektrik (EV), dan semikonduktor berpotensi menjadi pemacu utama ekonomi negara.
Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, sektor-sektor itu memerlukan dasar yang kukuh serta insentif menarik bagi meyakinkan pelabur asing dan tempatan.
“Apakah kerajaan telah merangka strategi-strategi tertentu untuk menarik pelabur-pelabur kepada bidang berkenaan?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.
Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Mohd Rafizi Ramli, berkata strategi kerajaan dalam kelima-lima bidang pertumbuhan ekonomi baharu (NGFB) telah pun digariskan dalam beberapa dokumen utama perancangan ekonomi negara.
“Satunya ialah dalam kajian separuh penggal dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang telah dilancarkan pada 2023 kemudian akan disambung dalam RMK13 yang akan dibentangkan beberapa bulan lagi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/3/2025
Ulasan
Catat Ulasan