'Saya cabar Angkatan Muda PH saman' - Wan Ahmad Fayhsal
03 Mac 2025 03:59pm
Masa membaca: 2 minit

Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar pihak yang mendakwanya mengeluarkan kenyataan berhubung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyamannya segera.
Malah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu mendesak untuk 'bertarung' di landasan undang-undang sekiranya benar dia dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong pernah mengeluarkan kenyataan KWSP berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberi dividen rendah.
"Saya ingin menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan Ka Siong yang dikatakan cuba menimbulkan kegusaran, panik, mengenai dividen KWSP.
"Tolong semak balik hansard (senarai penyata rasmi). Kalau betul saya dan Yang Berhormat Ayer Hitam salah dan telah menfitnah, saya cabar Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH), saman kami sesegera mungkin," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Penerangan Angkatan Muda PH, Mohammad Ammar Attan mendakwa Ka Siong dan Wan Ahmad Fayhsal cuba menimbulkan panik dalam kalangan rakyat dengan mendakwa KWSP berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberikan dividen rendah.
Selain itu beliau turut mendakwa dua ahli Parlimen itu berniat jahat semata-mata untuk meraih populariti politik murahan.
Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan Mohammad Ammar untuk peka dengan isu semasa dan fakta yang perlu disuarakan.
Ujar beliau, Ammar sepatutnya mempersoalkan KWSP yang memberi dividen tinggi dan di luar kebiasaan.
Artikel Berkaitan:KWSP umum jumlah agihan tertinggi sebanyak RM73.24 bilion
"Apakah kerana kritikan yang semakin kuat ke atas pengurusan pelaburan KWSP oleh pembangkang dan backbenchers kerajaan menyebabkan mereka cuba pacify (menenangkan) pencarum?
"Saya faham sebagai ahli politik kerajaan, Ammar perlu menjadi benteng tetapi janganlah tabur fitnah kepada pembangkang yang cuba menyemak imbang dalam soal penjualan saham ini.
Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!
"Jangan jolok sarang tebuan, kamu belum lagi sampai tahap lawan kami (pembangkang) dalam isu KWSP dan (penjualan saham) MAHB," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan