Tentera Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza


Tentera Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza
18 Mac 2025 09:26am
Masa membaca: 1 minit

WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

"Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza," kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara. - Bernama

Ulasan