BENCANA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHT MENGUJI KEBERKESANAN DAN KESIAPSIAGAAN KHIDMAT MALAYSIA




BENCANA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHT MENGUJI KEBERKESANAN DAN KESIAPSIAGAAN KHIDMAT MALAYSIA

Khidmat Malaysia adalah merupakan satu badan NGO yang terlibat dalam menangani bencana di dalam Malaysia. Bencana banjir, bencana kebakaran, bencana tanah runtuh dan bencana pencemaran adalah rutin yang dihadapi oleh 
Khidmat Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 2013 lagi.

Namun bencana yang dihadapi pada hari ini memang menguji kemampuan Khidmat Malaysia kerana ianya berlaku dalam suasana rakyat Malaysia sedang menghadapi Aidil Fitri pada hari kedua.

Alhamdulillah, tindakan pantas Khidmat Malaysia di peringkat kawasan Puchong adalah sangat dihargai. Penyelaras Khidmat Malaysia Puchong. Tuan Ashrul Hisham yang juga Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat telah bertindak segera untuk menggerakkan pasukan Amal Medic untuk turun membantu mangsa yang terlibat.

Terima kasih dan Tahniah kepada para petugas dan sukarelawan yang dapat turun bersama membantu mangsa yang terlibat dalam bencana ini.

KFAK

Ulasan