ISU JAWATAN MTPN : HUBUNGAN BN-PH DI KEDAH TIDAK SETERUK DI JOHOR
1. Hubungan BN-PH DI Kedah dikhabarkan tidak begitu kukuh akibat isu jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) yang masih belum selesai. Isu ini telah lama dibincangkan secara dalaman tetapi ianya sudah tidak dapat dibendung lagi apabila beberapa pimpinan UMNO/BN negeri Kedah membuat kenyataan secara terbuka melalui media.
2. Memandangkan BN dan PH adalah Pembangkang di Kedah, maka jawatan ini adalah sangat penting untuk kedua-dua pihak di Negeri Jelapang Padi ini, lebih-lebih lagi PRN telah berlalu menghampiri dua tahun.
3. Ditambah lagi derita BN apabila mereka kalah kesemua kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU/PRN yang lalu. Maka sudah tentulah BN mengharapkan agar mereka mempunyai posisi penting untuk mengembalikan kekuatan kepada parti mereka di sana.
4. Berbeza di Johor, hubungan BN-PH tidak 'semesra' seperti di peringkat Kerajaan Pusat apabila isu kedudukan ADUN PH yang menang tidak berada di dalam blok posisi kerajaan masih lagi belum diselesaikan. Kerajaan di Johor masih berada di bawah BN tanpa ada Exco Kerajaan negeri yang dilantik daripada PH walaupun hasrat PH tersebut telah disuarakan sebelum ini.
5. Sebab itu, ramai yang masih keliru sama ada ADUN PH adalah ADUN Kerajaan atau ADUN Pengimbang (Pembangkang) di DUN Johor.
6. Isu di Kedah hanyalah kerana menuntut satu jawatan sahaja iaitu jawatan Timbalan Pengerusi MTPN sedangkan di Johor ia melibatkan keseluruhan kerajaan negeri. Ini membayangkan PH lebih tersakiti di Johor berbanding dengan BN di negeri Kedah.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan