ISU KEBUN DURIAN HARAM; SEBENARNYA APA YANG DAP MAHU?
1. Saya memang tertunggu-tunggu sangat apakah sikap DAP khususnya DAP di negeri Pahang terhadap isu kebun durian haram. DAP Pahang mengambil sikap mendiam diri bila isu ini membabitkan Ahli Parlimen Raub daripada DAP.
2. Bermula dengan tindakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub, Pahang minggu lalu yang dikecam oleh sebahagian besar rakyat Malaysia tetapi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa ia hanya bersifat PERIBADI, bukan mewakili pendirian DAP secara keseluruhan.
3. Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terkini sangat jelas mahu kemelut pencerobohan tanah secara haram di negeri ini dinoktahi.
4. Tiba-tiba DAP Pahang hari ini mahu 'menjadi jambatan' bagi menyelesaikan kemelut isu yang sudah lama berlarutan. Sikap DAP Pahang dilihat selari dengan sikap Ahli Parlimen Raub, tak ada jauh bezanya.
5. Jadi, apa yang sebenarnya DAP Pahang mahukan? Adakah DAP Pahang tidak faham apa yang telah dititahkan oleh Sultan Pahang yang mahukan isu ini dinokhtahkan?
6. MB Pahang perlu celikkan mata dan celikkan hati. Ini bukannya bersifat peribadi Ahli Parlimen Raub lagi tetapi ia adalah sikap DAP.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan